Theme Preview Rss

About Me

My photo
Pacing for better tomorrow.

Siapa yang Egois?....

Gambar sekadar hiasan

Setiap manusia mempunyai ego tersendiri. Lelaki dengan cara ego mereka, perempuan juga tidak terkecuali. Malah lebih parah apabila kaum nisa’ ini mencampurkan ego mereka dengan emosi yang sering menguasai diri.  Tidak kisah lelaki atau perempuan, egonya berperingkat dan menyakitkan insan yang terlibat.
 
Perkara yang lebih menyedihkan adalah orang yang tinggi dan hebat ilmunya tidak boleh menerima pendapat orang lain atau orang bawahan, orang yang banyak dan luas pengalamannya tetapi tidak mampu berkongsi pengalamannya. Malah menyombong diri dengan pengalaman yang dia ada, senior dari segi umur tetapi tidak pandai meraikan adik-adik yang lebih 'junior'.

Jika egonya tinggi, orang yang berilmu dan banyak pengalaman akan menganggap dia sahaja yang hebat. Semua pandangan dan kata-katanya adalah keputusan; tanpa perlu menunggu hasil syura.

Lebih parah pabila terdapat  ahli majlis syura yang ego dengan keputusan dia (mereka) di dalam syura lantas membuat keputusan yang melibatkan anak buah Tanpa mengemukakan alasan yang kukuh kepada pengikut; tetapi mendesak anak buah wala' pada keputusan yang diragui ke-rasional-an nya.

Bagaimana mungkin syura tadi mendapat mandat daripada para pelaksana jika anak buah di layan seperti musuh. Sikap ini tidak ubah seperti pemerintahan kuku besi yang sememangnya bukan sikap kepimpinan yang ditonjolkan Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah ikutan (teladan) yang baik untuk kamu"...
(Surah al-Ahzab: 21)

Lebih memalukan, mereka menganggap setiap kejayaan yang dimiliki  organisasi adalah kehebatan mereka semata-mata dan mereka yang bukan ahli tidak layak untuk menegur tindakan-tindakan mereka. Nauzubillah...

Lain pula bagi orang yang senior dari segi umur. Bila tinggi egonya, semua orang yang lebih muda daripadanya d pandang sebagai kanak2 hingusan. Hanya dia sahaja yang matang. Setiap kata dan lontaran idea si junior adalah tidak bermutu dan tidak matang. Maka jiwa egois pun bertitah, "Ingin buat cara baru? Silakan, tapi Jangan minta tolong dari kami nanti!"

Semua ini lantaran Ukhuwah d anggap sebagai satu perkara yang kecil...

Bila ego/riak dan lupakan Tuhan sebagai pemberi hikmat, maka nafsulah yang d-Tuhan-kan. Dan jangan terlepas pandang, sifat ego adalah Pokok masalah, bukannya Buah. 

Pesan Junjungan; "Sejahat-jahat hamba adalah yang sombong". 

Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad dengki, fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Terhasil juga sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Inilah buah-buahnya... 

Kalau seperti itu keadaannya, siapakah sebenarnya yang kita ikut?!
Rasulullah S.A.W.....? atau Fir'aun, pemerintah kuku besi yang masyhur kerana ke EGO an nya sehingga berani mengaku diri sebagai Tuhan?....

Wallahu'alam.