Theme Preview Rss

About Me

My photo
Pacing for better tomorrow.

Millions of unspoken words...

Salam....
You are advised to read this post from its bottom...
(mainly pictures though)

al-Azhar, anyone?


Bersama tuan rumah, Ust.Jamal.. ur da best!

He fix our ceiling fan, washing machine and even help to change our lamps,
n he do it himself, n for free! very good in mechanics n the easiest place to find him is at
the masjid in front of our block...

Another magnificent dish

And more...

We r really into cooking =)

Eating 'aish bread (egyptians main food), wangsa maju style

First own make dinner

hehehe... who says boys can't cook?

A natural irresistable 'drug', very cheap n SWEET!!

Introducing Sauk Sairat (Pasar kereta) just infront of our block


Hussin's market a.k.a. cairo's petaling street.

Makam Saidina Hussin

Masjid al-Azhar (kampus d Sadis)

breakfast before mega shopping
mega shopping = our 2nd day is filled with shopping for
electrical appliances,
some newer perkakas dapur,
dan laen2..

Lets clean doctors, n wear ur mask



apabila saudagar rempah berkumpul...
tens of kilos of it...

my house is the top-right (from picture)
completely furnished, 2 big bedrooms (with air cond),
a toilet, kitchen, balcony with nice view of cairo, dining room, and a good tuan rumah,
it cant b any better... =)
Pasar kat rumah
its distance from our house doesn't matter much,
but to climb up n down da stairs of 6 storey-building...
it is something.
dapur (sblm d kotorkan..)

a 3-person, 3-bed room, with rak berlaci, n air-cond..

A view from balcony

its very dusty here, told u so... just look at the cars

just arrived at cairo airport

at cairo airport, we qiuckly counts our luggages...
n somehow, one is missing (its a girl's)!! aiya...
but somehow recovered a few days later..
before marching to transit hotel at kuwait

before that, our flight from m'sia-kuwait was delayed, n
we're given blue wave hotel (shah alam) as our transit hotel; with breakfast and lunch..
n again we get another transit hotel at kuwait with dinner n breakfast..
(which we shouldn't get, supposely)
Alhamdulillah..

Hang Nadim, Hang Dyau

Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ tiba-tiba lari ke daratan. Sekumpulan besar ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Orang ramai di situ mula melarikan diri. Ada juga yang tersungkur kerana ditikam ikan-ikan todak. Seorang demi seorang maut dan ikan todak terus menyerang pelbagai kawasan di Singapura dengan banyaknya.

Peristiwa itu memeranjatkan Raja Singapura kerana ramainya rakyat yang terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawal menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai, banyak mayat yang terdampar di situ. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai, berbaris untuk dijadikan benteng. Namun usahanya gagal. Seorang demi seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Mereka yang dijadikan benteng takut untuk berdepan dengan pantai dan turut takut untuk berundur, bimbang dimurkai Raja Singapura serta dikatakan sebagai penderhaka kepada raja.

Tiba-tiba muncullah seorang budak berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi menghadap raja yang sedang berdiri di situ. Kepada Raja Singapura, beliau mencadangkan agar di bariskan batang pisang untuk dijadikan kubu.

Baginda bersetuju, lantas mengarahkan orang ramai yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai bagi mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Mereka gembira dengan titah baginda, lalu disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai.

Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada diusun menjadi kubu. Kubu itu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.

Tidak lama kemudian sekumpulan besar todak telah menyerang semula namun todak-todak itu tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh.

Apabila kumpulan ikan todak itu berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu menamatkan riwayat ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak.

Baginda telah memandang tinggi kejayaan Hang Nadim menumpaskan ancaman ikan todak tersebut, lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk memberikan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia berkemungkinan untuk merampas kuasa baginda dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura akhirnya terpengaruh dengan hasutan pembesarnya yang durjana. Baginda telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh.

Setelah mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim pun pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi tiba-tiba para pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi semakin tegang apabila dia bukannya dibawa ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman.

Tanpa berlengah lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil itu mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati.

Begitulah secara kasarnya cerita mengenai Hang Nadim, seorang budak yang telah berjasa besar pada negara serta pemerintahnya. Namun jasanya telah di padam dengan fitnah-fitnah tidak berasas, serta pengadilan yang tidak seperti yang digariskan Islam. Semuanya kerana para pembesar yang takut, kiranya Hang Nadim akan membuatkan mereka hilang pengaruh dan kuasa.

Akan tetapi, yang lebih menyedihkan, pemerintah/pemipin itu sendiri turut bersikap bodoh apabila lebih mengutamakan diri dan statusnya daripada kebaikkan untuk negara serta agamanya; dia sanggup membunuh seorang kanak-kanak (yang telah melindungi pemerintahannya daripada lesap) hanya kerana posisinya MUNGKIN diancam.

Bagaimana pula jikalau Hang Nadim sebenarnya gagal dibunuh atau berjaya melarikan diri, agaknya apa yang akan berlaku?

-Adakah pemerintah zalim itu akan dibunuhnya?

-atau pun dia akan menasihat Raja bagi menyedarkannya akan kesilapan itu?

-atau pergi membawa diri bagi memperkasa lagi ilmunya untuk di manfaatkan?

-atau menandatangani perjanjian untuk tidak menjadi pemerintah?

-atau melenyapkan kewujudan dan kepintarannya?

Sememangnya banyak teori... tapi bukan semua masalah perlukan solusi..

Jadi agaknya jalan mana yang Hang Nadim akan pilih?....
Yang pasti, saya mungkin akan lakukan perkara yang sama...
Wallahu'alam..


Wassalam,
_Daie membuta, umat menderita_


daRoommate, Hang Hazwan

Mulut, Mata, Telinga dan Tangan

Sering terdengar ungkapan,

"Kurangkan kontroversi, tingkatkan produktiviti",

"Action speaks louder than words",

"Walk the talk",

dan pernah juga membaca satu artikel yang meng-analogi-kan ciptaan anggota badan manusia dengan kata2 tadi.

Yakni, pada wajah manusia yang normal dikurniakan 2 biji (bola) mata, 2 telinga dan 1 mulut. Seolah-olah menggambarkan bahawa kita sepatutnya lagi banyak mendengar dan melihat daripada bercakap. Bahkan antara ciri pemimpin yang baik adalah good-listener/pendengar yang baik.

Pemimpin tak perlu terdiri daripada public speaker yang terbaik. Dia cuma perlu pastikan point2 yang penting difahami setiap ahli kumpulan. Macam....

"Apa yang perlu dibuat?" dan "Kenapa?", Sebaiknya, kemukakanlah alasan bagi setiap perkara.

Ketua juga bukanlah harus mempunyai latar belakang agama yang hebat. Katakanlah ada 2 orang pemuda yang dicalonkan untuk jadi pemimpin di suatu kawasan, iaitu Pemuda A dan Pemuda B.

1-Pemuda A merupakan seorang hafiz Quran, mendapat pengajian Syariah di Jordan dan sememangnya mendapat didikan di sekolah2 agama ketika remaja, tetapi lemah kepimpinannya.

2-Pemuda B pula merupakan seorang yang biasa2 je ilmu agama dan dalam masa yang sama mempunyai nilai kepimpinan yang cemerlang.

Jadi, siapa yang lebih sesuai di naikkan untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin?

Seharusnya, Pemuda B..

Hal ini kerana pemimpin yang mantap kefahaman agamanya, tp lemah kepimpinan; kefahaman agamanya akan mendatangkan manfaat untuk dia seorang dan (mungkin juga) mereka yang hampir dengannya akan tetapi, kelemahan pimpinannya akan mendatangkan mudarat kepada semua yang berada di bawah kepimpinannya.

Lain pula dengan mereka yang biasa ilmu agamanya, tapi mantap kepimpinannya. Akan ilmu agamanya yang tidak seberapa, hanya akan memudaratkan dirinya (kerana kurang arif). Tetapi kepimpinannya yang baik akan mendatangkan manfaat kepada mereka yang dipimpin, dan membolehkan dia bersifat terbuka untuk menerima (dan melaksanakan) input berkaitan agama without hesitation

Pemimpin yang baik sering dikaitkan dengan contoh akhlak yang baik. Akhlak itu adalah perkara yang kita lakukan secara spontan without prior thinking. Sebagai contoh, andai kata ibu kita sakit, kita pastinya dengan serta-merta membantu/menjaga ibu kita...

dan bukannya berfikir dahulu, "Mak tengah sakit, jadi aku kene tolong jaga mak"...

Tidak sama sekali. Akhlak adalah perbuatan terpuji yang diiringi dengan rasional akal dan dilaksanakan secara spontan..

Dan sekali lagi, kita ada

2 mata untuk kita banyakkan melihat, memerhati dan menganalisis,

2 telinga agar lebih mendengar arahan dan Zikrullah dengan teliti,

kita dikurniakan 2 tangan agar kita lebih banyak bergerak/berkerja

dan 1 mulut yang perlu dijaga...

daripada meMAKAN harta anak yatim,

mengUMPAT dan meMAKI,

mengAJAK kepada zina,

meninggikan SUARA pada ibubapa,

dan sebagainya, yang kebanyakkannya merupakan dosa2 besar yang lahir dari perbuatan mulut..

Wallahu'alam,

_Saying Something Is Not Necessary_