Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ tiba-tiba lari ke daratan. Sekumpulan besar ekor ikan todak mula menyerang Singapura. Orang ramai di situ mula melarikan diri. Ada juga yang tersungkur kerana ditikam ikan-ikan todak. Seorang demi seorang maut dan ikan todak terus menyerang pelbagai kawasan di Singapura dengan banyaknya.
Peristiwa itu memeranjatkan Raja Singapura kerana ramainya rakyat yang terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawal menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.
Di kawasan pantai, banyak mayat yang terdampar di situ. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai, berbaris untuk dijadikan benteng. Namun usahanya gagal. Seorang demi seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Mereka yang dijadikan benteng takut untuk berdepan dengan pantai dan turut takut untuk berundur, bimbang dimurkai Raja Singapura serta dikatakan sebagai penderhaka kepada raja.
Tiba-tiba muncullah seorang budak berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi menghadap raja yang sedang berdiri di situ. Kepada Raja Singapura, beliau mencadangkan agar di bariskan batang pisang untuk dijadikan kubu.
Baginda bersetuju, lantas mengarahkan orang ramai yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai bagi mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Mereka gembira dengan titah baginda, lalu disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai.
Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada diusun menjadi kubu. Kubu itu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
Tidak lama kemudian sekumpulan besar todak telah menyerang semula namun todak-todak itu tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh.
Apabila kumpulan ikan todak itu berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu menamatkan riwayat ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak.
Baginda telah memandang tinggi kejayaan Hang Nadim menumpaskan ancaman ikan todak tersebut, lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk memberikan anugerah kepadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia berkemungkinan untuk merampas kuasa baginda dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura akhirnya terpengaruh dengan hasutan pembesarnya yang durjana. Baginda telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh.
Setelah mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim pun pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi tiba-tiba para pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi semakin tegang apabila dia bukannya dibawa ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman.
Tanpa berlengah lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil itu mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati.
Begitulah secara kasarnya cerita mengenai Hang Nadim, seorang budak yang telah berjasa besar pada negara serta pemerintahnya. Namun jasanya telah di padam dengan fitnah-fitnah tidak berasas, serta pengadilan yang tidak seperti yang digariskan Islam. Semuanya kerana para pembesar yang takut, kiranya Hang Nadim akan membuatkan mereka hilang pengaruh dan kuasa.
Akan tetapi, yang lebih menyedihkan, pemerintah/pemipin itu sendiri turut bersikap bodoh apabila lebih mengutamakan diri dan statusnya daripada kebaikkan untuk negara serta agamanya; dia sanggup membunuh seorang kanak-kanak (yang telah melindungi pemerintahannya daripada lesap) hanya kerana posisinya MUNGKIN diancam.
Bagaimana pula jikalau Hang Nadim sebenarnya gagal dibunuh atau berjaya melarikan diri, agaknya apa yang akan berlaku?
-Adakah pemerintah zalim itu akan dibunuhnya?
-atau pun dia akan menasihat Raja bagi menyedarkannya akan kesilapan itu?
-atau pergi membawa diri bagi memperkasa lagi ilmunya untuk di manfaatkan?
-atau menandatangani perjanjian untuk tidak menjadi pemerintah?
-atau melenyapkan kewujudan dan kepintarannya?
Sememangnya banyak teori... tapi bukan semua masalah perlukan solusi..
Jadi agaknya jalan mana yang Hang Nadim akan pilih?....
Yang pasti, saya mungkin akan lakukan perkara yang sama...
Wallahu'alam..
Wassalam,
_Daie membuta, umat menderita_
daRoommate, Hang Hazwan