Theme Preview Rss

About Me

My Photo
Pacing for better tomorrow.

Beza tugas Pemimpin dan Pengurus

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum,

Sebelum meneruskan pembacaan,
Harap para pembaca dapat bersama-sama mendoakan
ketenangan dan kejayaan bagi Islam
keseluruhannya....

Insya-Allah, saya akan menerangkan
perbezaan bidang tugas antara mereka yang bergelar pemimpin
dan pengurus.

Setelah mengikuti satu kem di Kuantan, barulah saya jelas
akan perbezaaan fungsi antara insan yang menjadi Pemimpin
dan Pengurus.

Kita boleh ambil satu situasi sebagai contoh.

Haziq, Yuhin dan rakan-rakan mereka telah ke hutan
untuk berkhemah.
Haziq, yang berjalan di hadapan; memegang peta dan kompas.
Sedang mereka berjalan,

Haziq berkata,
”Yuhin, sampai kat pokok besar tu nanti,
kite jalan straight. don’t belok-belok...
nanti kite jumpe tebing sungai, kite berkhemah kat situ.”

Yuhin, yang berada di belakang Haziq; lantas melaung,
”Ok semua! Kita jalan terus, jap lagi
kite sampai kat tempat berkhemah!”

dan, mereka pun meneruskan perjalanan.

Akhirnya, mereka tiba di tebing sungai,
Haziq: Em.... (sambil membelek peta)... ni la tempatnye...

Yuhin: Perhatian semua! kite b’khemah kat sini,
Hisham gi cari cari kayu api,
Zaiem ngan Fizi tolong pasang khemah,
aku akan bersihkan tapak.
....
Dan mereka pun b’tugas seperti yang diarahkan...

Tidak lama kemudian.....

Haziq: Eh Yuhin, aku rase kite t’silap la...
Sepatut nya kite gi depan lagi, ade tempat yang tinggi skit,
Sebab kalau hujan malam ni, tak pasal-pasal kite kene hanyut...

Yuhin: Aisey.. btol gak.. Wei korang! jom kemas kan balik sume barang,
Kite t’silap tempat la.. kite x boleh b’khemah kat sini...........
...........
Dilihatnya Hisham dah pun siap kan unggun api+masak air....
Khemah pun dah dipasang kemas oleh Zaiem dan Fizi...

Ternyata mereka sudah keletihan....
Akan tetapi, untuk manfaat b’sama, mereka mesti b’pindah...

THE END


Baiklah, pembaca sekalian....
Dalam situasi tadi, siapakah yang bertindak sebagai pemimpin
dan siapakah yang menjadi pengurus?
(Jawapan ade kat bawah)

Secara rangkas dan umumnya, Pemimpin adalah insan yang menentukan
hala tuju sesebuah organisasi.

Pengurus pula, adalah individu yang bertanggungjawab
dalam mengetuai usaha untuk mencapai objektif
organisasi tadi.


Wallahu’alam...



(Pemimpin = Haziq, Pengurus = Yuhin)

0 respon: