Theme Preview Rss

About Me

My photo
Pacing for better tomorrow.

Siapa yang Egois?....

Gambar sekadar hiasan

Setiap manusia mempunyai ego tersendiri. Lelaki dengan cara ego mereka, perempuan juga tidak terkecuali. Malah lebih parah apabila kaum nisa’ ini mencampurkan ego mereka dengan emosi yang sering menguasai diri.  Tidak kisah lelaki atau perempuan, egonya berperingkat dan menyakitkan insan yang terlibat.
 
Perkara yang lebih menyedihkan adalah orang yang tinggi dan hebat ilmunya tidak boleh menerima pendapat orang lain atau orang bawahan, orang yang banyak dan luas pengalamannya tetapi tidak mampu berkongsi pengalamannya. Malah menyombong diri dengan pengalaman yang dia ada, senior dari segi umur tetapi tidak pandai meraikan adik-adik yang lebih 'junior'.

Jika egonya tinggi, orang yang berilmu dan banyak pengalaman akan menganggap dia sahaja yang hebat. Semua pandangan dan kata-katanya adalah keputusan; tanpa perlu menunggu hasil syura.

Lebih parah pabila terdapat  ahli majlis syura yang ego dengan keputusan dia (mereka) di dalam syura lantas membuat keputusan yang melibatkan anak buah Tanpa mengemukakan alasan yang kukuh kepada pengikut; tetapi mendesak anak buah wala' pada keputusan yang diragui ke-rasional-an nya.

Bagaimana mungkin syura tadi mendapat mandat daripada para pelaksana jika anak buah di layan seperti musuh. Sikap ini tidak ubah seperti pemerintahan kuku besi yang sememangnya bukan sikap kepimpinan yang ditonjolkan Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah ikutan (teladan) yang baik untuk kamu"...
(Surah al-Ahzab: 21)

Lebih memalukan, mereka menganggap setiap kejayaan yang dimiliki  organisasi adalah kehebatan mereka semata-mata dan mereka yang bukan ahli tidak layak untuk menegur tindakan-tindakan mereka. Nauzubillah...

Lain pula bagi orang yang senior dari segi umur. Bila tinggi egonya, semua orang yang lebih muda daripadanya d pandang sebagai kanak2 hingusan. Hanya dia sahaja yang matang. Setiap kata dan lontaran idea si junior adalah tidak bermutu dan tidak matang. Maka jiwa egois pun bertitah, "Ingin buat cara baru? Silakan, tapi Jangan minta tolong dari kami nanti!"

Semua ini lantaran Ukhuwah d anggap sebagai satu perkara yang kecil...

Bila ego/riak dan lupakan Tuhan sebagai pemberi hikmat, maka nafsulah yang d-Tuhan-kan. Dan jangan terlepas pandang, sifat ego adalah Pokok masalah, bukannya Buah. 

Pesan Junjungan; "Sejahat-jahat hamba adalah yang sombong". 

Dari pokok sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad dengki, fitnah menfitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Terhasil juga sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf dan prejudis dengan orang lain. Inilah buah-buahnya... 

Kalau seperti itu keadaannya, siapakah sebenarnya yang kita ikut?!
Rasulullah S.A.W.....? atau Fir'aun, pemerintah kuku besi yang masyhur kerana ke EGO an nya sehingga berani mengaku diri sebagai Tuhan?....

Wallahu'alam.

Dari Ibnu Abbas R.A., "Ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1) Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur

2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

3) Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

4) Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5) Al malul halal, atau harta yang halal

6) Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7) Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah".

To Ta'aruf Week 09/10 Special Task Committees (and u all are Special Friends, indeed)
Insya Allah, our bond is stronger than covalent bond...
;-)

Positif=Negatif; Sepanjang Dua Minggu

“Semasa baca doa rabitah dalam Al-Mathurat, Allahuma innaka taklam annaha dzihil qulub…Bayangkan wajah sahabat-sahabat kita satu persatu,” ada senior yang pernah memesan.


Saya cuba amalkan. Moga doa ini sampai. Rasanya terjawab sudah. Memang terasa benar tautan hati ini. Saya tidak berselindung bahawa banyak kali saya terasa amat goyah.
Banyak kali.
Namun saya sedar selain Allah sebagai tempat pengaduan paling utama, saya masih ada sahabat-sahabat yang sentiasa disisi walau jauh di mata.

Andai ditakdirkan kita tempuh jalan dakwah, jalan kehidupan ini berseorangan; terimalah dengan ikhlas dan sabar...

Namun, tiada siapa dapat nafikan kepentingan teman dalam perjuangan. Samada dalam konteks sahabat, keluarga mahupun pasangan hidup. Manusia perlukan sokongan. Perlukan motivasi. Selain motivasi utama Allah dan Rasulnya, kehadiran insan-insan disekeliling tetap sentiasa memberi makna.

Ingat lagi doa Nabi Musa buat saudaranya Nabi Harun?

Begitu jugalah kita, perlukan ukhuwah dalam dakwah. Dakwah itu menasihati. Menasihati dalam menempuh kehidupan.

Seorang sahabat mengingatkan saya pada kisah Khalid al-Walid.
Beliau dilucutkan jawatan sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Islam ketika peperangan dengan Rom. Sungguhpun begitu, semangat beliau tidak luntur untuk berjuang,
untuk Syahid!.
dan benar, selepas bergelar panglima, beliau menjadi askar yang biasa;
Tanpa pangkat, tanpa lambang2 kebesaran...

Ini tak menghalang beliau dari turut menyertai peperangan2 yang seterusnya, dan membantu Islam capai kemenangan dalam peperangan tersebut. Pangkat dan jawatan, bukanlah keperluan perjuangan ini. "Leadership is Action, not Position". Untuk bertindak, strategi dan usaha itu penting, pangkat hanyalah bonus.

Disini, suka DAN mengingatkn bahawa dalam sesuatu pengadilan itu,
si pembuat keputusan (hakim) perlu mendengar penjelasan dan penerangan dari setiap pihak yang terlibat. Jikalau ada dua pihak, 1 pihak tidak boleh membuat keputusan yang terdesak tanpa membincangkan dengan pihak yang satu lagi.

Mengambil contoh yang mudah, jika kita adalah ibu atau pun bapa;
Wajar kah kita menghukum anak kita tanpa mendengar penjelasan nya terlebih dahulu?
sekali pun anak itu nakal, salah untuk kita berbuat demikian. Andai Benar itu anak kita, mana dia kepercayaan kita pada si anak? Mana pula kasih dan sifat belas kasihan?

Bila kita menghukum mereka tanpa sebab, rasa hormat mereka pada ibu bapa akan beransur hilang.. dan hilang... Jiwa si anak akan terasa lemah kerana tidak dilindungi pelindung yang sepatut nya; Hati anak tadi akan kacau...
Anak-anak yang lain akan turut berasa terancam.

Saya cuba perhatikan kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal, yang berusaha
menegakkan kebenaran di hadapan seorang raja yang zalim.
Meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat di pukul di belakangnya
sehingga mengalir darah sebelum dia di humban ke dalam penjara....,
Namun beliau tetap bertegas,
“ Jika seseorang yang tahu,
Diam kerana hendak menyelamatkan dirinya,
Maka orang yang tidak tahu akan terus tidak tahu,
Bilakah kebenaran itu akan dinyatakan?”.


Ingatlah sahabatku..

Bumi kita sememang nya payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Menjejak tapak semalam perlu punyai wadah,
Sandarkan pendirian pada al-Quran dan Sunnah..

Pabila seorang sahabat katakan pada saya;
"Perjalanan kau memang sukar."

Saya katakan kembali;
"Aku mengharap hanya keredhaan Allah."

"Kalau macam tu, jangan mengalah. Buktikan!"

"Pasti."


Pernah saya ditanya seorang sahabat yang cerdas,
Mengapa saya asyik membahasa kan dia (dalam sms) sebagai sahabat, bukan sebagai rakan, kawan, taulan, mahupun teman?
Jawabku mudah, kerana Rasul kita bersahabat...


Sahabat sekalian,

Moga hari ini dan hari yang berderet,
Kita tetap memikul nama mujahid,
Yang merindu dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

"Ya Allah, Ya Rabbana...
Jika ditakdirkan hidup kami masih tersisa panjang,
tetapkanlah hati kami di landasan aqidah yang benar...
Dan jika mati itu lebih baik untuk kami,
iringilah nafas terakhir kami dalam dakapan redhaMu.."
Amin...


DAN- Akan sentiasa membantu bila diperlu. dan;

Syukran Jazilan my friends! :-)