Kadang-kadang di atas Jalan dakwah ini kita bertemu dengan gangguan daripada saudara seperjuangan. Seolah-olah mereka cuba menghentikan kita daripada beramal atas kefahaman kita yang sahih dan jelas.
Mereka berusaha melakukan pelbagai cara dan taktik supaya kita duduk dan menganggur. Pendek kata, mereka mahukan kita ini keluar dari Jalan yang panjang ini.
Dahsyat sungguh!
Rasulullah sudah berpesan kepada kita tentang perkara ini.
Dalam sebuah hadith yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar bin Bilal daripada hadith Anas di dalam kitab Makarim Akhlak;
"Seorang mukmin itu berada diantara lima ancaman:
1. Seorang mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang membencinya
3. Kafir yang membunuhnya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Hawa nafsu yang menggodanya"
Para pendakwah yang ikhlas akan menghadapi semua ancaman ini. Golongan yang dengki ini sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain dalam amal dakwah.
Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi para pendakwah hilang dan lenyap. Hati mereka sengsara. Jiwa mereka sakit menderita. Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka.
Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki, hasad, dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil. Sepanjang sejarah dakwah sejak dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kawan dan sahabat rapat!
Ibnu Mu’taz pernah berkata:
“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya.”
Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijau juga daun kering.
Saya kongsikan di sini beberapa hadith untuk golongan ini mengambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati mereka masih terbuka:
“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)
“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat Al-Thabarani dan lain-lain)
“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya, "Bagaimana?" Rasulullah menjawab: Seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Thabarani dan Baihaqi)
..............
Mengapa mereka dengki? mungkin kerana merasa dirinya lebih mulia berbanding orang lain. Dia tidak rela orang lain mengatasinya dalam apa jua perkara.
Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah ia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya. Bertaubatlah wahai orang-orang yang beriman sebelum datangnya ajal.
Berfikirlah...
Memetik kata2 saudara Suhaib,
"Jamaah itu bermaksud anda bersama dengan kebenaran walaupun anda berseorangan. Tidak perlu kita memaksa sesiapa untuk bersama dengan persatuan atau gerakan kita. Kalaulah persatuan/gerakan itu mendakwa dia adalah Jamaah yang wajib untuk diberi wala’ dan sesiapa yang keluar daripadanya diisytihar “bughah”, maka sila nyatakan sekarang nama persatuan/gerakan tersebut. Jika tiada, masing-masing usah menganggap persatuan/gerakannya adalah “Jamaah” dengan erti katanya yang khusus."
Abdullah Bin Masud berkata:
“Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran walaupun anda berseorang diri”
Sama2 lah kita jernihkan keadaan, bersatu di bawah panji Islam itu lebih baik.. Bukankah Muslim itu bersaudara...
Wassalam,
"Islam itu Persaudaraan"....
About Me
Usaha memantankan...
HasiL_NukilaN
Dyau
/
Comments: (0)
Mereka yang bersifat ikhlas tahu bahawa
membalas kebaikkan dengan kebaikkan itu harus,
Membalas kejahatan dengan kejahatan adalah
petanda budi pekerti yang rendah,
Membalas kebaikkan dengan kejahatan adalah
tidak berbudi,
dan yang Membalas kejahatan dengan kebaikkan
adalah mereka yang berbudi tinggi...
* * * * *
Sesungguhnya, syaitan itu sentiasa ada dalam saluran darah kita..
Hati-hati.
Allah tak akan menguji, kalau tidak mampu dihadapi...
* * * *
Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga,
Dia beri kaktus berduri.
Aku minta pula kupu-kupu,
diberi pula ulat yang berbulu..
Aku sedih dan kecewa.
Namun, kemudian kaktus itu berbunga,
Indah sekali.
dan si ulat itu menjadi kupu-kupu,
yang Cantik..
Tuhan tidak semestinya memberi apa yang kita harapkan,
tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan...
* * *
Kadang-kadang kita merasa lemah dan penat melalui lorong ini,
hujan panas silih berganti... pasti akan ada salah satu darinya...
* *
Pangkat bukan lah hiasan diri,
Apa gunanya ku simpan lagi,
Pabila ada yang meragui,
Abaikan aku! aku berlari sendiri...
*

Kepada Sahabat-sahabat Pimpinan yang Dikasihi...
HasiL_NukilaN
Dyau
on 11 April 2009
/
Comments: (0)
Kepada mantan yang di hormati:
Terang sungguh bintang dua puluh,
Bagai minyak bercampur air mawar,
Kalian laksana binaan yang kukuh,
Pasti mujarab menjadi penawar..
Anak kucing di pohon rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya..
Dua tiga kucing berlari,
Mana kan sama se ekor singa,
Walau satu sukar ku cari,
Manakan sama Kalian semua..
Pucuk rebung lenturnya muda,
Akar pendek batang nya renek,
Macam mana hati tak hiba,
Entah bertemu entah kan tidak..
Pesanan Tuan amanat pusaka,
Kiasan inti menunjuk haluan,
Kalau kering lautan Melaka,
Barulah saya lupakan Tuan..
Enak minuman dicampur selasih,
Selasih diminum bersama teman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman..
;-)
Buat sahabat, teman perjuangan:
Muka baru gelagat pun baru,
Baru sekali kita bersua,
Kalian baru saya pun baru,
Perjuangan kan mengikat kita..
Baju jarang jangan disarung,
Dilihat aurat bahaya diri,
Pabila ada kata terlanjur,
Beri lah maaf setulus hati..
Awal Bismillah menyingkap tirai,
Amanah kapitan memacu gerakan,
Mari berdoa beramai-ramai,
Supaya berjaya di dalam aman..
.. Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Mengetahui
bahawa kami telah berkumpul
dan bersatu memikul beban dakwah Mu...
Maka, per erat kan lah Ya Allah;
Akan ikatan nya, Tingkat kan lah kemesraan
antara hati-hati kami..
Serta lapangkan hati-hati ini dengan kesyukuran
dan limpahan Iman terhadap Mu
yang tak kunjung malap..
Permudahkan lah urusan kami;
sebagai ahli pimpinan
pertubuhan Dakwah ini..
.. Ya Rabb, please assist us in our
journey and study..
and don't abandon us,
even in an eye-blink..
Makbulkan lah Ya Rahman...
Amin...

5 hari di Kampung Rantau, Cameron.
HasiL_NukilaN
Dyau
on 06 April 2009
/
Comments: (0)
Assalamualaikum,
Setelah hampir sebulan program Jalinan Kasih 4 tamat, baru lah kisah nya di taip pada blog.
Secara ringkas, kami menghabiskan lebih kurang 5/6 hari di sana.
Kampung Rantau adalah satu p'kampungan orang asli suku Semai. Sekitar12-15 keluarga menetap di sana. Suku daripadanya sudah memeluk Islam, suku menganut Kristian dan selebihnya t'masuk dalam kategori Atheis. Di sebalik pelbagai latar belakang penduduk ini, mereka amat mesra dengan kehadiran kami dalam melaksanakan misi tarbiyah.
Aktiviti mengunjungi rumah penduduk, menghias sekolah, m'baiki saliran air, m'adakan kelas fardhu ain, makan beramai-ramai, solat b'jemaah dan riadah b'sama adik2 memenuhi tentatif.
'Upacara' beramah mesra dengan penduduk kampung mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada setiap lapisan masyarakat (muslim, kristian, atheis) disitu.
Rombongan yang ditugaskan ke sekolah juga b'jaya b'jalan kaki pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat. Bahkan, dengan bilangan tenaga kerja yang paling sedikit, mereka berjaya menceriakan lagi p'sekitaran sekolah t'sebut.
Plumber-plumber kami pula amat cekap b'main air dan hasilnya, 2 tandas, 1 bilik mandi dan 2 tempat wuduk dapat menyalurkan H2O dengan optimum...
Alhamdulillah, setiap slot dapat dijalankan, walaupun tidak lah berapa lancar. Pihak komiti harus akui t'dapat kelemahan pada pengurusan program. Bagaimana pun, tidak mengapa lah;
Kekurangan itu akan m'jadi kekuatan bagi melegasi kan program yang selanjutnya, Insya Allah.