Theme Preview Rss

About Me

My photo
Pacing for better tomorrow.

5 hari di Kampung Rantau, Cameron.

Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan program Jalinan Kasih 4 tamat, baru lah kisah nya di taip pada blog.
Secara ringkas, kami menghabiskan lebih kurang 5/6 hari di sana.

Kampung Rantau adalah satu p'kampungan orang asli suku Semai. Sekitar12-15 keluarga menetap di sana. Suku daripadanya sudah memeluk Islam, suku menganut Kristian dan selebihnya t'masuk dalam kategori Atheis. Di sebalik pelbagai latar belakang penduduk ini, mereka amat mesra dengan kehadiran kami dalam melaksanakan misi tarbiyah.

Aktiviti mengunjungi rumah penduduk, menghias sekolah, m'baiki saliran air, m'adakan kelas fardhu ain, makan beramai-ramai, solat b'jemaah dan riadah b'sama adik2 memenuhi tentatif.

'Upacara' beramah mesra dengan penduduk kampung mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada setiap lapisan masyarakat (muslim, kristian, atheis) disitu.

Rombongan yang ditugaskan ke sekolah juga b'jaya b'jalan kaki pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat. Bahkan, dengan bilangan tenaga kerja yang paling sedikit, mereka berjaya menceriakan lagi p'sekitaran sekolah t'sebut.

Plumber-plumber kami pula amat cekap b'main air dan hasilnya, 2 tandas, 1 bilik mandi dan 2 tempat wuduk dapat menyalurkan H2O dengan optimum...

Alhamdulillah, setiap slot dapat dijalankan, walaupun tidak lah berapa lancar. Pihak komiti harus akui t'dapat kelemahan pada pengurusan program. Bagaimana pun, tidak mengapa lah;
Kekurangan itu akan m'jadi kekuatan bagi melegasi kan program yang selanjutnya, Insya Allah.




0 respon: